Sunday, March 27, 2011

My kek coklat

salam...
dah lama tak update kan blog..
sekarang sibuk sikit dengan kerja harian sebagai isteri dan umie...
Dalam kesibukan, sempat juga masak kek coklat simple, atas permintaan si Adam..
dia memang suka kek coklat tapi nak yg umi masak lak... huhuhu

resipi dia so simple,
dan tak cerewet...

BAHAN-BAHAN:
Bahan kering
2 cawan tpg gandum
3/4 cawan serbuk koko2
2 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan nie diayak)
1 1/2 cawan gula

Bahan basah
2 biji telur ( gred B)
1 cawan minyak masak
1 cawan campuran susu pekat & susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh esen vanilla

Cara2:
  • Kacau gula dan telur sampai sebati, campurkan minyak masak, campuran susu dan kacau sebati, letakkan esen vanilla dan letak tepung2 yg diayak sedikit demi sedikit... akhir sekali letak air panas dan kacau sebati. Adunan boleh dituang kedalam loyang dan dibakar diantara 45m-60 minit...
  • tips: supaya mudah terbalikkan kek, sapukan planta pada loyang dan taburkan tepung gandum sekelilingi loyang.
TOPPING(kalu nak)
1 sudu besar serbuk coklat
3 sudu besar susu pekat
sedikit air

masukkan semua bahan, masak double boil... selepas sebati bolehlah dituang keatas kek...

Thursday, March 3, 2011

Housewife vs working mom

Ader sesetengah member bgtau " syoklah u , tak keje just duk umah jer"... ish2 diaorg kita surirumah duk umah, duk sajer jer.. mmglah duk umah tapi keje kat umah tak pernah abis, ader jer keje yang perlu buat, nak2 lagi biler dah ader baby, manakan nak masak, manakan nak layan adam yang semakin banyak mengarut dan suka menangis biler aku kata "Tak boleh" for sure nangis... Manakan nak layan adeeb yang baru berusia 2 bulan... rasanya hidup aku penuh dengan kejar mengejar... huhuhu...

Tapi at the same time rasa seronok sebab selalu dengan 2 heroes nie, suke sebab boleh follow diaorg punya perkembangan.. Adeeb dah boleh berborak2.. walaupun tak faham bahasa dia rasa mcm tenang jer, tersenyum bila diagah... Adam lak dah sibuk nak belajar menulis.... nak g sekolah... aku boleh decide lagi nak hantar sekolah mana dan biler..

Aku bukan mengeluh, cuma ingin meluahkan apa yang aku rasa... rasa macam untungnya jadi working moms.. at least boleh mlarikan diri sekejap utk diri sendiri, dapat pegang duit sendiri, tuelah biler difikir2 kan, rasa macm nak cari keje, tapi biler fikir nak kena berjauhan dan berpisah ngan my heroes nie rasa sayu dalam hati...

Ader pro dan kontra apabila just jadi housewife atau working mom kan.. apa yang kita boleh buat just be your self and sentiasa berbangga dengan apa yang kita buat.. no matter who you are... just housewife atau working mom...

Wednesday, March 2, 2011

Pengat pisang peh....

Petang tadi terasa lapar pulak, masa duk surf tadi terjumpa satu blog, suke blog nie nak nak gambar apam polkadot dia, peh menyelerakan.... nie blog dia http://houseofmamalynn.blogspot.com/

Kebetulan hubby ader bawa balik pisang nangka, mak pun buat pengat pisang.Dah lama tak makan pengat pisang, tengah syok makan2 tetiba teringat aku nie boleh ker mkn pisang.
Bedal jer lah. lagipun dah lama tak makan... hehehehe

Tuesday, March 1, 2011

Adam adam......




Aduhai... semenjak adam ader adik nie... makin menakal... kadang2 kala naik angin juga nak marahkan dia tp bile tgk dia kasihan juga, yelah umie dan abahnya sibuk menjaga adik dia, mungkin terselit perasaan cemburu pada dia..

Walaupun kuat juga mengamuk tapi boleh diharap,aderlah satu scene... roza nak masuk toilet, minta tolong dia jaga adiknya... Tengok2 dengan dia2 ader dlm baby coat adik dia... nak marah pun tak sempat nak marah dah.. Sempat lah amik brp shot untuk tatapan.....