Sunday, March 27, 2011

My kek coklat

salam...
dah lama tak update kan blog..
sekarang sibuk sikit dengan kerja harian sebagai isteri dan umie...
Dalam kesibukan, sempat juga masak kek coklat simple, atas permintaan si Adam..
dia memang suka kek coklat tapi nak yg umi masak lak... huhuhu

resipi dia so simple,
dan tak cerewet...

BAHAN-BAHAN:
Bahan kering
2 cawan tpg gandum
3/4 cawan serbuk koko2
2 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan nie diayak)
1 1/2 cawan gula

Bahan basah
2 biji telur ( gred B)
1 cawan minyak masak
1 cawan campuran susu pekat & susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh esen vanilla

Cara2:
  • Kacau gula dan telur sampai sebati, campurkan minyak masak, campuran susu dan kacau sebati, letakkan esen vanilla dan letak tepung2 yg diayak sedikit demi sedikit... akhir sekali letak air panas dan kacau sebati. Adunan boleh dituang kedalam loyang dan dibakar diantara 45m-60 minit...
  • tips: supaya mudah terbalikkan kek, sapukan planta pada loyang dan taburkan tepung gandum sekelilingi loyang.
TOPPING(kalu nak)
1 sudu besar serbuk coklat
3 sudu besar susu pekat
sedikit air

masukkan semua bahan, masak double boil... selepas sebati bolehlah dituang keatas kek...

No comments:

Post a Comment