Sempena hari minggu yang rilek nie. Hari wat lauk siakap 3 rasa. Permintaan adikku azrel, siap berbesar hati belanja ikan siakap, kenyang perut makan nasi hari nie.
Bahan-bahan3 ekor ikan siakap ( disiang dan dibelah dua )
Bahan Kuah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
( dikisar halus)
1 botol sos cili thai maggi
3 sudu besar sos tomato
10 biji ciliapi ( dipotong halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2 batang serai (dimayang)
1 tin kiub nanas (dipotong 2)
air, gula, garam dan secukup rasa.
Cara-cara- Sapu ikan siakap dgn garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak ,Goreng ikan siakap. (deep fry). Tunggu sehingga warna keemasan, angkat.
- Dikuali lain, pnskn minyak, tumis bhn2 kisar, setelah naik bau isi semua bahan yg dipotong. Kacau sebati.
- Isikan sos tomato, sos cili thai dan air. Kacau sebati dan masukkan garam, gula dan secukup rasa.
- Setelah siap masak, tuang atas ikan yang telah siap digoreng dan siap untuk dimakan

Nie lah hidangan ikan siakap

Lauk tengahari
Jom menjamu selera!!!