Sunday, February 27, 2011

Siakap 3 rasa

Sempena hari minggu yang rilek nie. Hari wat lauk siakap 3 rasa. Permintaan adikku azrel, siap berbesar hati belanja ikan siakap, kenyang perut makan nasi hari nie.

Bahan-bahan
3 ekor ikan siakap ( disiang dan dibelah dua )

Bahan Kuah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
( dikisar halus)
1 botol sos cili thai maggi
3 sudu besar sos tomato
10 biji ciliapi ( dipotong halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2 batang serai (dimayang)
1 tin kiub nanas (dipotong 2)
air, gula, garam dan secukup rasa.

Cara-cara
  1. Sapu ikan siakap dgn garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak ,Goreng ikan siakap. (deep fry). Tunggu sehingga warna keemasan, angkat.
  3. Dikuali lain, pnskn minyak, tumis bhn2 kisar, setelah naik bau isi semua bahan yg dipotong. Kacau sebati.
  4. Isikan sos tomato, sos cili thai dan air. Kacau sebati dan masukkan garam, gula dan secukup rasa.
  5. Setelah siap masak, tuang atas ikan yang telah siap digoreng dan siap untuk dimakan
Nie lah hidangan ikan siakap


Lauk tengahari
Jom menjamu selera!!!


No comments:

Post a Comment