Sunday, February 27, 2011

MARAH!


Tension... Marah... Tue jer yg boleh aku katakan. Datang tanpa dijemput, Aku pun tak tahu kenapa emosi aku begitu tak stabil... Rasa nak menangis pun ader. Bile tahap kesabaran dah sampai ketahapnya, dengan mudah air mata nie mengalir kerana sakit hati. Kecil hati jugak boleh mengakibatkan perasaan marah.

Bila tension aku suka buat beberapa perkara
  • Menangis... tue yg plg kerap aku buat.. hehehe
  • Makan coklat... tak kira lah, coklat bar ker, aiskrim cornetto ker.... coklat menenangkan fikiran ku....
  • Menyanyi
  • Bergurau senda dengan ahli keluarga yang amat aku sayangi terutama hubby (kecuali aku merajuk ngan dia.. hehehe)
  • Mandi... sejuk bdn sekali ngan hati..
  • Berdiamkn diri




Siakap 3 rasa

Sempena hari minggu yang rilek nie. Hari wat lauk siakap 3 rasa. Permintaan adikku azrel, siap berbesar hati belanja ikan siakap, kenyang perut makan nasi hari nie.

Bahan-bahan
3 ekor ikan siakap ( disiang dan dibelah dua )

Bahan Kuah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
( dikisar halus)
1 botol sos cili thai maggi
3 sudu besar sos tomato
10 biji ciliapi ( dipotong halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2 batang serai (dimayang)
1 tin kiub nanas (dipotong 2)
air, gula, garam dan secukup rasa.

Cara-cara
  1. Sapu ikan siakap dgn garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak ,Goreng ikan siakap. (deep fry). Tunggu sehingga warna keemasan, angkat.
  3. Dikuali lain, pnskn minyak, tumis bhn2 kisar, setelah naik bau isi semua bahan yg dipotong. Kacau sebati.
  4. Isikan sos tomato, sos cili thai dan air. Kacau sebati dan masukkan garam, gula dan secukup rasa.
  5. Setelah siap masak, tuang atas ikan yang telah siap digoreng dan siap untuk dimakan
Nie lah hidangan ikan siakap


Lauk tengahari
Jom menjamu selera!!!


Saturday, February 26, 2011

Kartun pun kartun la.....

Petang tadi sempat lagi duk melayan adam tengok citer fav dia. Dia macam tahu jer citer dia dah start terus tekan ch119. Sekarang nie tak yah tlg tekan, adam dah pandai guna remote dah. Mana lah dia belajar padahal nombor pun belum kenal. Tapi layan jer dia tengok citer upin ipin nie.. syok jugak. Yang bagus citer nie dia ada unsur2 teladan. Tue yg bagus.




klik dibawah....
jasamu ku kenang sentiasa



Thursday, February 24, 2011

Masih perlu berpantang.. huhuhu

Makanan yang masih perluku pantang lagi...
  • Laksa ( takut kembang urat sbb masak 2 kali, lagipun dalam kuah ader bunga kantan )
  • Buah-buahan ( nenas, nangka, )
  • Mee
  • Air batu
  • Air kelapa, air tebu, air bergas
  • Sayur ( rebung, keladi, timun, pucuk paku)
tapi kadang air batu tue bile sampai musim panas, aku bedal air batu gak... degil.. hehehe pastu mulalah sakit badan... huhuhu

Wednesday, February 23, 2011

Happy birthday my boy...

birthday boy!!

upacara potong kek
yg paling kelakar puas si adam tiup lilin...
api tak padam pun...
akhirnya dibantu oleh udanya... hehehe

-peace-
Adeeb pun pakai topi.... hehehe

aksi 3 beradik...


Sempena birthday Adam yg ke4... ada buat mkn2 sikit kat umah.. lagipun dengan selesainya majlis pertunanan along dan diriku yg habis pantang, adalah buat pulut kuning sikit......